Anda telah berpindah ke sekolah lain kerana mengikut keluarga.Anda ingin menceritakan suasana di sekolah baru kepada rakan anda di sekolah lama.Tuliskan surat anda itu selengkapnya.
Shamsiah Sharum
Sekolah Seri Aman
49500 Selangor
Kehadapan yang diingati,sahabatku Saudari Agnes Tan yang kini belajar di sekolah Tunku Abdul Rahman
Putra,Sabak Bernam dengan selamatnya.Saya berharap saudari sentiasa berada dalam keadaan sihat Sejahtera untuk membolehkan suadari belajar dengan sempurna.Maklumlah peperiksaan akan menjelang tidak lama lagi.Bagi diri saya di sini,nampaknya sihat seperti biasa,setelah dapat menyesuaikan diri dengan teman-teman baru.
Bagaimana dengan sahabat-sahabat yang lain?Saya sentiasa berharap mereka semua sihat dan dapat belajar dengan bersungguh-sungguh.Sejak Agnes dan sahabat lain saya tinggalkan dua minggu lalu untuk ke Petaling Jaya,rindu saya begitu mendalam kepada kalian.Mujurlah ada gambar kelas yang kita ambil pada hari terakhir itu,dapatlah saya menghilangkan rindu.
Pada mulanya agak kekok juga saya di sekolah baru ini.Untuk pengetahuan Saudari Agnes,Sekolah Seri Aman ini Khusus untuk Perempuan.Sekolah ini Terletak di Pertaling Jaya,lebih kurang lapan kilometer dari Kuala Lumpur.Berbanding dengan Sekolah Tunku Abdul Rahman Putra,Pelajar amat ramai di sini.Kalau di sana hanya ada dua kelas untuk tingkatan lima,di sini ada sepuluh kelas.Maknanya jumlah pelajar tingkatan lima sahaja ada lebih kurang empat ratus.
Sahabatku Agnes,
Kalau Agnes nak tahu,dispilin begitu ketat di sini.Dari segi pakaian,masa datang dan balik sekolah,hinggalah kepada tingkah laku di dalam kelas,semuanya telah ditetapkan.Apabila saya mendaftar masuk ke sekolah ini sahaja, saya di berikan senarai peraturan yang mesti dipatuhi.Kalau seseorang pelajar itu didapati melanggar disiplin sekolah (seperti tidak memakai lencana atau tanda nama) dia akan dikenakan denda sebanyak 50sen.Kalau ia melakukan kesalahan lebih tiga kali,akan dipanggil untuk berjumpa pengetua.Pendek kata, kami di sini tidaklah sebebas seperti sewaktu belajar di sekolah dahulu.Tetapi saya rasa ada baiknya disiplin ketat macam ini, tidaklah timbul banyak masalah.
Selaian itu saudari, kegiatan ko-kurikulum juga dikawal dengan ketat di sini.Setiap pelajar diberi kad persatuan dan ia mesti menjadi ahli kepada sekurang-kurangnya satu persatuan.Kad itu harus di bawa apabila mengikut aktiviti perstuan dan guru persatuan akan menanda-tangani kad tersebut.Jika kad pelajar tidak menpunyai tandatangan guru persatuan,sudah pasti dia akan dikenakan tindakan disiplin oleh pengetua.Mujurlah saya sememangnya seorang yang aktif,jadi tidaklah menghadapi masalah di sini.
Agnes yang di hormati,
Sebagai sebuah sekolah yang terletak di kawasan bandar, sudah tentu sekolah baru saya ini mempunyai kemudahan yang lebih lengkap daripada sekolah dahulu.Di sini kami sediakan perpustakaan yang besar dan buku-buku yang sentiasa kemaskini, di samping komputer yang banyak jumlahnya untuk kemudahan para pelajar.Untuk bersukan pula, kami sediakan gimnasium.Kemudahan lain seperti bilik study, belajar bahasa asing selain inggeris dan sebagainya yang tidak ada di sekolah Tunku Abdul Rahman Putra, disediakan di sini.Sebab itulah agaknya pretasi agak tinggi dalam peperiksaan di sekolah ini.
Walaupun begitu Saudari Agnes, tidaklah sekolah ini mempuna banyak kelebihan berbanding sekolah kita dahulu.Ada juga kekurangnya.Disebabkan jumlah pelajarnya yang terlalu ramai, hubungan peribadi mereka tidaklah mesra dengan guru-guru.Guru nampaknya hanya mengajar sahaja dan kita tidak mempunyai hubungan yang mesra.Ini sudah tentu berbeza dengan di sabak bernam.Guru-guru di sana mempunyai hubungan yang baik dengan pelajar dan kita pun tidak segan untuk mengemukakan masalah kepada mereka.
Selaian itu sahabatku, harga makanan amatlah mahal di kantin sekolah ini jika dibandingkan dengan di sekolah kita dahulu.Kalau di sabak bernam dulu ayah saya memberikan saya RM1 sehari sebagai belanja tetepi di sini jumlah itu sudah pasti tidak cukup.Untuk makan nasi lemak sahaja, di sini harganya RM1, sedangkan di sana cuma 50sen.Ayah saya terpaksa menambahkan wang belanja saya di sini sebnayak 50 peratus.
Sahabatku yang diingati,
Nampaknya sudaj agak panjang coretan saya ini,nanti tergangu pula jadual belajar saudari.Biarlah saya berhenti dahulu, nanti kalau ada kesempatan yang lain saya akan bercerita lebuh lanjut lagi.Sehingga bertemu kembali, sambutlah salam persahabatan daripada saya saudari dan teman-teman lain.
Sekian,terima kasih.
Sahabtmu
...............................
No comments:
Post a Comment