Anda telah berpeluang menyaksikan majlis konvokesyen kakak anda.Anda berminat untuk mencerakan pengalaman anda itu kepada seorang sahabat.Tuliskan surat selengkapnya kepada sahabat anda itu.
Herdayanti Badli
Kampung Parit Satu,
Sungai Besar,
45300 Selangor
17 Ogos 2014
Ke hadapan yang selalu diingati,sahabatku,Siti Rosnah Mohd. Ali yang kini berada di Teluk Intan, Perak dengan selamatnya.Saya berdoa agar saudari sekeluarga sentiasa sihat sejahtera.Saya sekeluarga di sini,alhamdulillah sihat walafiat.
Sahabatku,
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana surat saudari yang lalu.Nampakya begitu menarik cerita saudari mengikuti rombongan ke Pulau Pinang itu.Kalau saudari mempunyai cerita dan pengalaman yang menarik, saya pun ada juga.Baru-baru ini saya telah berpeluang untuk menghantar kakak saya ke majlis konvokesyen di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.Saya juga berpeluang masuk ke Dewan Tunku Canselor dan menyaksikan sendiri istiadat penganugerahan ijazah oleh Yang Dipertua Tuan Agong, Sultan Azlan Shah sebagai Canselor Universiti Malaya kepada para graduan.Dalam surat ini, izinkan saya bercerita pengalaman tersebut kepada saudari.
Kami sekeluarga bertolak awal-awal pagi lagi dari Sungai Besar ke Kuala Lumpur iaitu selepas sembanyang subuh.Kalau lewat dari itu sudah pasti kami akan tertinggal kerana majlis penganugerahan ijazah itu dimulakan pada pukul 8.30 pagi.Kami tiba agak awal di kampus Universiti Malay iaitu kira-kira pukul 7.30 pagi.Walaupun begitu jalan raya menghantar sanak-saudara masing-masing untuk menerima ijazah.Mujurlah ayah saya dapat meletakkan kenderaan di tempat yang dikhaskan.
Ditempat meletak kenderaan itu,kakak memakai jubah khas majlis konvokesyen dan topiknya.Kakaj juga memakai kain selendang berwarna hijau sebagai tanda kakak lulusan Ekonomi.Saya lihat kakak begitu cantik dan berseri-seri memakai pakaian begitu.Saya juga melihat semua muka berseri-seri ketika itu, maklumlah hari itu adalah hari paling gembira bagi mereka dan juga ibu bapa masing-masing.
Situ Rosnah Sahabatku,
Dari tempat meletak kenderaaan itu kami berjalan ke Dewan Tuanku Canselor.Saya, ayah dan ibu mengambil tempat di dalam dewan yang dingin itu.Sudah ramai ibu bapa dan sahabat handai para graduan mengambil tempat masing-masing.Kakak dan rakan-rakannya mengambil tempat di penjuru bahagian hadapan.Apabila jam menunjukan pukul 8.30 pagi, majlis dimulakan.Mula-mula ialah perarakan masuk ahli akademik-ahli akademik yang terdiri daripada profesor dan para pentadbir universiti.Ini diikuti oleh naib canselor-naib canselor universiti tempatan dan pro-canselor.Akhir sekali, masuklah Canselor Universiti Malaya iaitu Yang Dipertuan Agong kita.
Setelah menyampaikan ucapan, majlis penganugerahan ijazah dimulakan.Para graduan berbaris seorang demi seorang untuk mengambil ijazah masing-masing daripada Canselor.Ini dimulai dengan graduan yang tertinggi iaitu lulusan doktor falsafah, hinggalah kepada lulusan srjana muda.Kakak saya adalah lulusan sarjana muda.
Sahabatku,
Majlis penganugerhan ijazah itu selesai pada pukul 11.30 pagi.Apabila keluar dari denwan itu saya dapati perkerangan begitu sesak dengan orang ramai.Ada di kalangan mereka yang mengambil dan tidak kurang pula yang berpelukan di antara satu sama lain.Kakak juga aku lihat memeluk ayah dan ibu.Sudah pasti kakak juga berasa gembira ketika itu kerana penat lelahnya belajar selama ini telah membuahkan hasil.Setelah itu kami sekeluarga bergambar di hadapan dewan itu,dalam suasana sesak ramai
Banyak kesan yang saya dapati dengan menghadiri majlis tersebut. Yang penting ialah semangat saya bertambah untuk belajar bersungguh-sungguh.Apabila melihat kakak menerima ijazah, saya bertekad dalam hati bahawa pada suatu masa nanti, saya juga harus mengambil ijazah seperti kakak.Saya harap saudari pun mempunyai azam seperti itu.
Nampaknya sudah agak panjang cerita saya kali ini.Dalam lembarab yang lain nanti, akan saya ceritakan penglaman lain saya, kepada saudari, Sehingga bertemu lagi, sambutlah salam penuh kemesraan daripada saya sekeluarga.
Sekian terima kasih
Yang benar,
-----------------------------
No comments:
Post a Comment