Friday, 21 March 2014

Contoh Karangan Surat Tidak Rasmi 11

Cuti penggal akan tiba tidak lama lagi.Anda tidak dapat pulang ke kampung kerana mewakili negeri dalam permainan hoki di negeri lain.Tulis sepucuk surat kepada ibu bapa anda untuk memberitahu mereka.

Contoh Karangan Surat Tidak Rasmi 1

Mohd.Khir Ahmad,   
Sekolah Alam Shah,  
Bandar Tun Razak,   
56000 Kuala Lumpur

Menemui ayahanda dan bonda yang sangat kurindui di sabak bernam,Selangor dengan Selamatnya.Terlebih Dahulu anakanda ingin memohon ampun kerana sudah lama anak anda tidak melayangkan warkah untuk ayahanda dan bonda.Anakanda sentiasa mendoakan agar ayahanda,bonda dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat.Bagi diri anakanda, alhamdulillah,anakanda berada dalam keadaan baik.
Ayahanda dan bonda yang kusayangi,

   Selama berada di sekolah berasrama penuh ini,anak-anda berusaha untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.Di samping itu anakanda juga melibatkan diri dalam kegiatan Ko-kurikulum untuk menimba pengalaman.Di sini anakanda melibatkan diri dalam permainan hoki.Sukacita anakanda maklumkan bahawa anakanda telah terpilih untuk mewakili Kuala Lumpur dalam pertandingan hoki Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).Sehubungan dengan itu,anakanda akan pergi ke ipoh pada minggu hadapan untuk mewakili Kuala Lumpur dalam pertandingan itu.

   Amatlah berat hati anakanda untuk memaklumkan kepada ayahanda dan bonda bahawa ini bermakna anakanda tidak dapat pulang ke kampung semasa cuti persekolahan minggu hadapan. Ini kerana pertandingan hoki itu akan berlangsung selama seminggu.Pertandingan itu dijadualkan akan tamat pada hari sabtu,sedangkan pada hari Isninnya,persekolahan akan dibuka semula.Oleh yang demikian tidak mungkin anakanda dapat pulang menemui ayahanda dan bonda.

   Untuk ke ipoh,anakanda akan bertolak dari Kuala Lumpur pada 9 ogos ini dengan menaiki keretapi.Untuk pengetahuan ayahanda dan bonda,anakanda akan bertolak bersama 15 orang rakan yang lain dan diiringi oleh seorang jurulatih dan pengurus pasukan yang kedua-duanya merupakan guru di sekolah anakanda juga.Dengan demikian janganlah ayahanda dan bonda risau akan diri anakanda kerana kalau menghadapi sebarang masalah,mereka boleh menyelesaikannya.

   Untuk pengetahuan ayahanda dan bonda juga, semua perbelanjaan semasa anakanda berada di ipoh itu akan ditanggung oleh persatuan Hoki Kuala Lumpur.Anakanda juga diberi wang poket sebanyak RM15 sehari.Rasanya jumlah itu lebih daripada mencukupi memandangkan makanan dan tempat tinggal di tanggung semuanya oleh pihak penganjur.Dengan demikian tidak perlulah ayanhanda bersusah payah menghantar wang kepada anakanda untuk bulan ini.Wang poket yang diberi itu akan anakanda simpan dan akan anakanda gunakan apa bila perlu sahaja.

   Ayahanda dan bonda yang disayangi,

   Walaupun terpilih mewakili negeri,ini tidaklah bermakna anakanda terlalu gembira dan ghairah sangat sehingga melupakan pelajaran.Anakanda sedar bahawa peperiksaan akan menjelang tidak lama lagi, oleh itu anak-anda harus belajar dengan tekun.Sebelum menulis surat ini pun anak-anda sebenarnya sedang belajar.Anakanda sentiasa insaf bahawa kemiskinan yang kita alami menjadi pendorong untuk anakanda belajar bersungguh-sungguh.Untuk itu anakanda akan membawa beberapa buah buku dan nota pelajaran untuk memastikan anakanda tidak lupa untuk menelaah pelajaran semasa di ipoh nanti.

Ayahanda dan bonda tercinta,

 Sebelum anakanda menghentikan warkah ini, anakanda ingin mengambil kesempatan untuk menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada ayahanda, bonda dan keluarga atas segala kesalahan anakanda.Walaupun anakanda tidak dapat pulang ke kampung pada cuti nanti,ini tidak bermakna ingatan anakanda semakin pudar, malahan semakin kukuh.Nanti kalau ada kelapangan,sudah pasti anakanda akan pulang juga ke sabak bernam terutamanya apabila cuti panjang sekolah bermula.

Sekian , terima kasih.

Yang menrindu,

-----------------------------

1 comment: