Sunday, 23 March 2014

Contoh Karangan Surat Tidak Rasmi 9


Baru-Baru ini anda telah menyaksikan pameran buku di pesta buku kebang-saan di Kuala Lumpur.Anda begitu berminat untuk menceritakan pameran itu kepada seorang sahabat anda yang tinggal jauh dari kampung.Tuliskan surat kepadanya untuk menceritakan pameran itu.

Contoh Karangan Surat Tidak Rasmi 9
Nurulhuda Ibrahum  
71,Jalan SS 6/12,    
Kelana jaya,            
47309 Petaling Jaya 

37 Ogos 1996 

Assalamualaikun Buat sahabatku, Norlina Hamdan Yang kini Berada di Kuala Kerai, Kelantan dengan selamatnya.Semoga pada ketika kini saudari sekeluarga berada dalam keadaan sihat walafiat.Bagi diri saya
sekeluarga berada dalam keadaan sihat walafiat.Bagi diri saya sekeluarga,alhamdulillah sihat sahaja.Mereka berkirim salam kepada saudari sekeluarga.


Norlina sekeluarga.

   Terlebih dahulu saya meminta maaf kerana sudah agak lama tidak mengirim berita kepada saudari.Ini sebenarnya kerana saya telah menghadapi peperiksaan percubaan SPM sebelum ini.Sekarang barulah agak lega sedikit, walaupun peperiksaan sebenar akan berlangsung tidak lama lagi.Dengan itu saya menasihati diri saya sendiri dan saudari,marilah kita belajar bersungguh-sungguh supaya cita-cita kita tercapai.

Sahabatku,

   Pada minggu lepas, saya berkesempatan bersama keluarga mengunjungi Pesta Buku Kebangsaan yang diadakan di pusat Dagangan Dunia Putra.Pesta buku seperti itu diadakan secara tahunan oleh Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan dan diadakan selama seminggu.Banyak aktiviti menarik yang dijalankan sempena pesta buku tersebut.Kali ini izinkan saya bercerita tentang pesta buku itu.

   Untuk pengetahuan saudari, pesta buku itu diadakan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai supaya mencintai buku.Ini dilakukan untuk menggalakkan orang ramai menjadikan membaca buku itu sebagai budaya hidup mereka.Sebab itulah dalam pesta selama seminggu itu,selain aktiviti utama penjualan buku,pelbagai aktiviti dijalankan untuk memberi didikan dan bimbingan kepada orang ramai tentang membca buku.

   Antara aktiviti yang dijalankan ialah khidmat nasihat yang diberikan kepada orang ramai tentang teknik yang betul dan sistematik membaca buku.Ibu bapa pula diberi penerangan tentang pentingnya perpustakaan mini di rumah.Di rumah saya,ayah telah menyediakan sebuah bilik sebagai perpustakaan.Selain menyimpan buku-buku untuk bacaan,bilik itu kami gunakan untuk belajar.

 Norlina sahabatku,

   Kami sekeluarga banyak membeli buku ketika mengunjungi pameran tersebut di gerai Dewan Bahasa dan Pustaka, Banyak aktiviti yang dijalankan untuk menarik perhatian masyarakat supaya membaca.Disebabkan begitu ramai pengunjung,susah kami sekeluarga hendak berjalan dari satu gerai ke gerai yang lain.Malahan beberapa kali tertinggal.Nasib baiklah tidak hilang,kalau tidak sudah tentu riuh-rendah dia menangis.

   Dalam pesta itu disediakan satu sudut untuk kanak-kanak.Kami tidak ketinggalan untuk mengunjunginya terutama kerana Azdi mahu menangis kerana pada mulanya kami tidak mahu ke situ.Rupa-rupanya banyak aktiviti yang menarik dijalankan di situ.Pada waktu kami mengunjunginya,seorang pelakon yang terkenal iaitu Imuda sedang melayani kerenah kanak-kanak.Imuda menjadi jurucara dalam aneka persembahan kanak-kanak Terhibur juga saya.

  Bagaimanapun peristiwa yang tidak saya lupakan sewaktu mengunjungi pesta buku itu ialah kesempatan saya bertemu dengan seorang pengarang novel yang terkenal di negara kita iaitu A.Samad Said.Saya telah membeli novelnnya iaitu Hujan Pagi dan beliau menutunkan tandatangannya di novel yang saya beli itu.Saya juga berkesempatan berbual-bual dengannya dan bergambar bersama-samanya.Bersama-sama ini saya sertakan gambar yang diambil bersama Sasterawan Negara itu.

   Banyak sebenarnya faedah yang diperolehi dengan mengunjungi pesta buku itu.Antara yang penting ialah kesedaran yang tinggi di kalangan pengujung dan saya sendiri terutamanya akan pentingnya buku dalam hidup kita seharian.Membaca buku bukan sahaja menambah pengetahuan tetapi pengalaman dan pandangan hidup kita juga bertambah.Sebab itulah negara-negara yang maju seperti Jepun,Jerman dan Amerika Syarikat,masyarakatnya amat gemar membaca buku.

   Nampaknya sudah agak panjang cerita saya.Sebelum mengundur diri, saya memohon ampun dan maaf jika terdapat kekasaran bahasa.Sehingga kita bertemu lagi di lembaran lain,sambutlah salam persahabatan penuh kemesraan daripada sahabatmu ini.

Sekian,terima kasih.

Yang Ikhlas,

--------------------------------

   



\

No comments:

Post a Comment